Monday 21 December 2015

Kilang botol plastik

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin
Pagi pagi lagi dah bersiap untuk bergerak ke balakong, tapi perjalanan kali ini berbeza dari yang lain. Perjalanan menyempurnakan misi bersama budak bam bam tanpa abi disisi. 

Kali ini agak sukar, meneroka tempat yang belum pernah saya pergi. Terasa macam nak nangis. Terasa macam nak masukkan budak bam bam dalam perut balik. Siannya dak bam bam ummi ni. Tapi alhamdullillah, ibu seolah olah memahami misi hari ni. Ibu dan eyui menawarkan diri untuk temankan aku hari ni. Alhamdullillah. 

Perjalanan pagi ni memang begitu mencabar.Dengan bateri hp hanya tinggal 18% memang begitu mendebarkan. Tiba tiba teringat si power bank yang berada didalam beg tangan. Dengan bangganya mengeluarkan, cucuk wayar ke wayar, tekan butang on. Allahuakbar , tinggal 2 nyalaan je lagi. Tawakalku pada Mu yang Allah. Jangan Kau sulitkan, permudahkan.






    (Nilah penunjuk jalan yang setia menemani)


Alhamdullillah. Dalam masa sejam , sampailah kami ke kilang plastik di balakong. Mudah je perjalanan kami pagi ni. Terkesima saya bila sampai disana. Banyak sungguh botol botol plastik kat sana. Macam macam jenis. Kat sini la rupa rupanya mereka ambil botol buat sabun tu.

(Masa untuk loading)


Penuh ok cik alza saya. Harga kat situ berpatutan jugak la bagi saya compare di tempat tempat lain. Tapi kalau nak murah ms Indra beritahu yang saya perlu ambik 5ribu keatas. 5 ribu botol ye kawan kawan. Bukan 5ribu ringgit. Pengsan mak dengar. Itu pun dapat less seposen je. Aduhai sabo je. Tapi secara keseluruhannya ok la. Saya siap dapat diskaun 3% lagi sebab bayar cash. Ok la, boleh cover duit minyak kereta jugak kan. Sy memang mencadangkan 100% ke kilang ni.Harga dan kualiti botol memang terbaik. Bagi kawan kawan yang nak memulakan perniagaan yang melibatkan botol botol ni boleh lah ke balakong.
Ni laman web company ni.



Insyaallah untuk next entri saya akan kongsikan cerita mengenai plastik beg baja pula ye. Masa untuk berehat setelah seharian memandu.

Selamat malam

No comments:

Post a Comment